10.31.2008

Nice Guys REALLY finish lasts.

What I did for my thesis statement for my English learning for academic purpose (BEL311) was the whole story about why nice guys finish lasts. It really strikes me back. I didn’t realize after all. It was me, the nice guy, the platonic guy pal.

I’ve closed my heart for such a long time. It was a year. A year after I broke up with my girlfriend, who cheated behind my back for two-timing me with another guy. It was a pain, I will never forget. But, karma strikes her back! Thank god for that. This time around, another great history has been made.

I knew a girl, and it was fine at first. Really, I enjoyed the moment I had with her. She was the girl I really want so bad but happened next was, I saw in her eyes, she wasn’t happy with me. Her eyes clearly said that she missed him. Him, who can entertain her, cheered her like she was before. I, in another hand, appeared bored to her. She wouldn’t want to admit the truth.

The next thing, she said, ‘You’re such a nice guy,’ was the word I never want to hear from anyone, from any girl. It’s a sign, people. A sign to you that you’re perfectly just a FRIEND to her. Take that as rejection. Another word to not to break a guy heart by saying, ‘Oh, You’re such a nice guy.’ Eventually, it does. It does break a guy hearts.

Now, I’ve closed my heart. I locked it up, placed the key somewhere I don’t want people to find because I already take the rejection. I’ve move on. I understand why. Clearly, I’m just a girl best friend or perhaps just a friend to you. She came back for a sec and said, ‘I don’t want to lose you.’

Now, she realized the jerks wasn’t for her, he doesn’t give she the pleasure, the entertainment she want from him. The jerks didn’t really care for her. The jerks just turn out to be another useless guy. The good guys like me, who follows you to window shopping, who be there when you need a guy, who comfort you when you need someone when the jerks said things he shouldn’t, is now totally GONE.

You wished you didn’t let go him, but you did. Perfectly you did. You had him at once, you missed the chance. The nice guy, once you gossiped with your friends, ‘He’s such a nice guy but I just want to be friends with him.’ Eventually, you regret. You wished you could get him, because he is the guy that will be there for you when the bad guy is not there for you.

The guy moved on. Locked up his little fucking heart that you broke for once. The guy takes the rejection, and changed. Had open up his option. The guy who didn’t know how to pleasure you up because he believes that relationship is not all about kissing, sex and whatever else but a love. Now, you want him back. It’s too late. His heart is closed. Not going to be open to anyone again. The next thing, now he wants a girl who is very complicated, problematic because to him, girls like that worth solving the puzzle than a girl who doesn’t appreciate how much he was to her.

Notes to girls: Don’t ever say ‘You’re such a nice guy,’ eventually you will ruin a relationship.

And to guys: Don’t just option your choice to just one, open it up, see and the whole bunch of girls out there which is really good to you and who won’t fail to understand you and won’t say ‘You’re such a nice guy.’

Yours Truly,

Platonic guy - zainal afnan

10.16.2008

Jujur

Hi.

cerita minggu ini:

Jujur sahaja dalam kehidupan. sementelaah mencari ilham baru, jika kita jujur dalam kehidupan, pasti kita temui apa yang dinanti. Jangan terlalu berharap yang baik itu akan datang selalu, yang penting, bagaimana kita mengawalnya. Kejujuran amat kita perlukan. Lebih-lebih lagi apabila mahukan yang terbaik dalam kehidupan. Pilihan sentiasa ada dimana-mana. Dan jika kita bijak memilih dengan kejujuran yang ada, InsyaAllah, kita akan dapati kebaikannya.

Jujur itu sememangnya penting agar sentiasa kita dilihat orang yang memenuhi janji. Jika anda menerima amanah, jika anda tidak mampu melakukannya, jujurkan diri anda kepada orang lain yang anda tidak mampu. mudah, ringkas dan bergaya!

Oh, fleksibeliti akan anda rasai.

Jujurlah pada cita, cinta dan kehidupan!

Salam.

10.05.2008

Mendugakah Cinta?

Cinta itu terduga. Kadang-kadang mengembirakan dan kadang-kala menyedihkan. Itu kita tidak dapat memaksa. Cinta itu boleh diibaratkan kain putih. Apabila kita mencemari ia. Maka, ia menjadi kotor. Jika kita menyinarinya, ia akan sentiasa cerah. Dan ada kata orang, jika kita betul-betul mencintai seseorang itu dan mahu membahagiakan dirinya demi kepentingan masa hadapannya, kita harus melepaskannya. Ya, relakan saja. Mengapa tidak? Mahukan kita dilabel penting diri? Tidak bukan? Jujurnya, jika kita betul-betul memahami dia, mengapa tidak kita fikirkan saja pentingnya dia dari kita. Usah fikirkan tentang diri. Jika cinta itu betul-betul sejati. Lepaskan ia. Bukan mahu mengajar anda untuk putus cinta tapi hanya ingin menyatkan bahawa, cinta itu tidak kita boleh memaksakan.

Pada saya, cinta sememangnya tidak hanya hadir sekali. Bahkan ia mungkin hadir, buat kali kedua. Yang istimewa. Mungkin lebih baik dari yang dahulunya. Jadi, persoalannya, adakah anda bersedia untuk terbang dan melompat buat kali kedua? Ya, semestinya anda mencuba. Jangan mengeluh. Jangan mengelak. Kalau yang baru putus janganlah kecewa bagai nak rak. Ada peluang untuk anda diluar sana. Ya. Sememangnya, setiap manusia itu akan menemui cintanya melainkan dia menolak takdirnya itu. Pada saya, satu-satunya cinta kini hanyalah pada yang maha Esa. Mungkin ramai tidak ketahui bahawa kini saya telahpun, berubah. Ya, saya telah berubah menjadi seseorang lebih baik dan tidak seperti dahulu kerana saya percaya pada ketentuan ini. ‘Setiap manusia yang baik akan dipertemukan dengan orang yang baik. Yang jahat akan ditemukan dengan yang jahat.’ Begitulah ayat yang sentiasa menjadi pendinding diri kini.

Jangan mudah mengalah. Kadang-kala biar cinta hadir sendiri pada kita, dan kalau tidak dapat juga, usahakan langkah anda itu. Cuba cari, mana tahu, dapat! Tak mustahil. Bagi saya sendiri, cinta itu sentiasa menduga kita. Dugaan dari segi gembira, sedih, sepi, pilu dan berbagai-bagai lagi. Kesepian memang akan hadir tapi biarlah ia datang dan jangan pula anda memaksa diri untuk terus dibuai kesepian itu. Cuba cari perkara yang menarik untuk dilakukan maka kita langsung tidak akan memikirkanya. Saya sendiri pun ada niat nak kawin, tapi belum sampai jodoh rasanya. Rasanya saya tidak kisah kalau cinta saya hadir pada usia saya 39 tahun, ya 20 tahun lagi. Oh, tidak mengapa. Untuk bahagia, kita harus bersabar juga. Kawin muda, kawin tua. Semua itu ketentuan yang di Atas. Seandainya cinta menduga untuk anda berkahwin, sila fikir 20-30 kali kerana zaman kini, bukan mudah nak kawin-kawin ni. Banyak benda harus difikirkan, elok dari segi mental, fizikal, material dan tidak material. Saya tak mahu cakap ini, bagi saya, saya gagal peroleh cinta untuk diri namun biarlah. Mungkin akan hadir nanti, siapa tahu ya?

Kalau anda betul-betul nak kawin, sila. Tiada sapa halang tapi cuba fikirkan masa hadapan anda. Bahagia atas dasar cinta atau sebaliknya. Cinta sememangnya hadir untuk menduga. Dugaan yang berat dan ringan. Bahagia atau tidak. Itu persoalan kedua. Yang utama, adakah anda tulus dan sanggup melompat untuk mendapatkan cinta anda?

Cinta tak datang hanya sekali.

InsyaAllah.

Salam

10.04.2008

Kesepian

THIS SHOULD BE POSTED LAST WEEK, DUE TO CONNECTION FAILURE: I POST IT NOW.

Mungkin. Atau ia sekadar kata. Tidak berbunyi. Tapi rasa itu hadir dari jiwa dan sisipan angin menderau jelas. Sudah lama kesepian itu hadir ke dalam hidup aku. Barangkali cuma aku sahaja yang masih tidak tahu sampai bila harus aku begini. Kepastian yang belum dapat aku rungkai dengan kata dan pandangan. Disebalik itu, aku pancarkan kekuatan dari senyuman dan gaya tubuh yang menyenangkan. Aku tidak mahu, tidak ingin, dilihat, dirasa, diketahui bahawa diri aku ini memerlukan insan lain untuk menemani. Aku fahami. Hidup tidak sentiasa indah dan bukanlah satu yang kita inginkan bila kesakitan meyelubungi diri dengan tipu helah daya pandangan. Biarpun di mata, cemburu itu hadir melihat teman-teman memiliki cinta dan rasa diulit dicintai. Bagi aku sendiri, aku percaya, kesabaran yang aku perlukan dan ada kini sudah cukup menemani aku menghadapi kesepian hidup ini. aku sudah lali. Tidak hairan jika aku katakan, aku tidaklah kepingin gila untuk mempunyai cinta pada masa kini kerana biarlah aku begini daripada aku terluka nanti. Aku tak mahu lagi dikecewa. Dilukai. Itu semua sudah menjadi sejarah hidup lampau aku.

Ya, jujur saja, aku amat merindui untuk dicintai, disayangi, dikasihi, dipeluk, dirindu. Tapi siapa yang mahukan aku. Oh, cukuplah berkata, ‘nanti, ada juga. Sabar.’ Kesabaran itu juga membawa aku menjadi lebih tabah tapi sampai bila. Aku sudah penat juga menanti. Penantian kadang-kala tidak selalunya berakhir dengan kegembiraan. Tapi kalau inilah takdirnya, aku terima sahaja, Yang Maha Esa. Kurniaan cinta yang hadir sekali dahulu telah membahagiakan. Dan kemudiannya, muncul dia, melukai aku. Cukuplah. Sekadar itu sahaja yang mampu aku telan. Kini, aku rela. Aku tidak mahu dipergunakan. Aku bukanlah lelaki yang bisa kau hancuri. Aku bukan lelaki yang bisa kau permainkan. Dan tak seharusnya kau menduakan aku bila kau ada dia. Bodoh bukan dia. Biarlah. Kata orang, ‘what goes around, comes around.’ Biar dia rasa nanti.

Aku melewati hari dengan penuh kesabaran yang datang menduga, tidak henti bergolek. Aku terlalu kecewa dengan semua yang berlaku pada saat aku memerlukan seseorang. Aku begitu lemah. Aku insan yang lemah, Ya Tuhan. Aku tidak mampu untuk menipu. Aku sejujurnya, memerlukan seseorang untuk melepaskan aku dari kesepian ini dan memberi semangat untuk aku kembali. Walau aku kini akhirnya dapat berdiri dengan hadirnya teman-teman yang banyak memberi nasihat. Aku syukur kerana masih ada yang sayangkan aku. Aku selalu menasihati mereka yang mahukan cinta hadir, ‘sabarlah, tidak semua akan hadir sekelip mata,’ kata aku. Namun, diri ini masih sama. Masih tidak mampu. Aku sudah lelah, penat, kecewa dan ada ketikanya, mahu saja aku lari dan teriak bahawa aku sudah tidak tahan dengan semua pandangan yang memandang dan apa yang aku melihat di sekeliling.

Cukuplah. Sekadar hati sentiasa terluka. Tidak terubat. Mengapa harus kita sahaja yang mencari. Tidakkah ia datang sendiri. Dan aku percaya, setiap makhluk ciptaanmu, Ya Tuhan, akan ditemukan jodohnya. Dan itu aku pasti. Cuma, biarkan ia hadir sebelum aku pergi. Biarlah hanya aku yang tahu apa yang berlaku diminda, dijiwa dan dihati. Biar penyakit apa pun yang datang berganjak, aku tetap tabah menjalani hari-hariku. Seperti kata pujangga, ‘hearts are broken, hope is restored.’ Ya, mungkin harapan itu wujud walaupun hati kecewa. Bukan simpati aku mahukan. Bukan kesedihan aku perlukan. Cuma, apa yang aku nantikan, seorang yang dapat memahami dan mencintai diri aku seadanya. Dan sekiranya ia tidak hadir. Aku fahami. Erti itu. Dan aku tidak akan berpusing kembali. Langkahku akan terus berjalan dan meninggalkan semua.

Jika cinta itu hadir untuk membahagiakan, hadirlah kamu. Dan jika cinta itu hadir untuk melukakan, pergilah sahaja. Aku tahu kini mengapa wujudnya kesepian itu. Dan kesepian yang melanda kini melahirkan aku untuk menjadi seorang yang berjiwa tabah. Walau ditanya sesiapa, siapa kekasih, siapa dia. Aku tetap yakin dengan satu jawapan ini, ‘kalau ada jodoh, ia akan tetap hadir dan kalau ia tiada, tidak mengapa. Perjalanan masih jauh.’ Kata-kata itu masih aku simpan dan pegangi. Biarlah orang mahu membuta tuli mereka cerita mengenai aku, ‘go ahead’ dan aku tak rugi apa-apa. Yang paling penting, mereka(rakan-rakan) tahu siapa aku dan mengapa masih aku tidak memiliki cinta. Cinta bukan untuk pemuas nafsu semata-mata, cinta itu suci. Lahir dari jiwa, turun ke hati, bermula kasih dengan penuh ikhlas. Dalami cinta agar hidup akan lebih megah disisinya. Dan bukan cinta untuk kita persenda, jangan kita agungkan, biar cinta bersemi dalam sanubari agar mekar melewati jalan penghidupan.

Siapa tahu, cinta mungkin hadir esok, lusa dan kemudian untuk melepaskan kesepian di hati ini. segala-galanya pasti terjawab bila tiba waktu yang kita nantikan dan takdir yang menentukan.

Insya-Allah.

Salam.