3.30.2009

Officially

not a single person anymore.

xoxo.

3.18.2009

Hanya Ada Aku

ada kala melihat manusia lain bergembira,
aku menjadi pelik, apakah yang menggembirakan mereka?
apakah yang membolehkan mereka sentiasa tersenyum dan
tidak pernah kelihatan sunyi dan sepi sepertiku?

adakah mereka tiada masalah langsung untuk difikirkan,
di usia begini bukankah dugaan dan ujian datang melanda,
adakah hanya mereka menyimpan duka dihati sahaja?
aku tertanya apakah hanya aku sahaja begini?
yang terasa kesepian, kesunyian dan kedukaan?

kenapa manusia lain kelihatan riang tanpa rasa sepertiku?
aku ini manusia kejam, tidak membenarkan hatiku bergembira?
adakah aku ini seperti itu, atau ia berlaku kerana
keadaan sekeliling yang menyeksa?
aku sering tertanya-tanya adakah mereka tiada perasaan dan
adakah hanya ada aku di dunia ini yang tiada perasaan?

ataupun kedukaan dan kesepian hanyalah dongeng semata-mata?
untuk mencurah segala terpendam, tidak dapat diluahkan...
kerana hati dan jiwa masih dibelengu rasa kekosongan...
kenapa yang lain begitu bersahaja dan
hanya aku kelihatan begini?

aku tak mahu menangis sepi,
aku tak mahu menangis sunyi,
kerana aku mahu bahagia,
kerana aku mahu gembira,
segalanya telah ku cuba,
apakan daya tidak terhasil kehendaknya

adakah cuma aku masih tidak membenarkan aku untuk mengerti
erti sayang, cinta, kasih dan gembira?
aku tak pandai mengerti, aku tak bijak meluahkan
kerana aku sangat jahil akan ia
kerana aku sangat bodoh akan ia

aku mahu rasa dicintai dan disayangi,
aku mahu rasa mencintai dan menyayangi,
aku mahu rasa dikasih dan dirindu,
aku mahu rasa mengasihi dan merindui,

tetapi...
aku belum pasti dengan kemahuan aku sendiri,
apakah aku mahu hidup dengan jalan ini,
apakah aku mahu hidup dengan jalan itu,
apakah aku bisa hidup dengan jalan ini,
apakah aku bisa hidup dengan jalan itu,
aku risau akan masa depan,
aku risau akan tentang sekelilingku,
adakah ia akan kekal sebegini ataupun sebaliknya,

persoalannya,
adakah aku mahu atau tidak...
dengan jalan yang harus aku lalui..
yang panjang atau pendek,
yang luas atau sempit,
yang besar atau kecil,
yang bahagia atau sedih,
yang kasar atau lembut,
yang indah atau duka,
yang seronok atau alpa,
yang cantik atau buruk,
yang baik atau jahat,
yang rajin atau malas,
yang ramah atau sombong
yang gembira atau kecewa..

aku masih tiada jawapannya
kerana aku masih kekosongan dihati dan jiwa,
kerana aku masih tidak mengertikah dengan apa dihati,
apa dijiwa sehingga aku tidak tahu untuk membuat keputusan
dan pilihan untuk menghadapi hari esok,
aku takut seandainya kesilapan itu akan berulang dan
memalukan diri sehingga rasa tersisih dan terhanyut
kala hati mahu bahagia...

apakah insan lain pernah berada ditempatku?
merasai segala apa dibenak fikiran dan dadaku,
yang resah sepanjang masa memikirkan persoalan dihati dan
dijiwa tidak bisa terungkap kala malam dan siang berganti
hari dan tahun..

aku bingung..
aku mahu mengejar kenikmatan hidup seperti yang lain,
aku mahu belajar mencintai dan menyayangi sebelum
masa terhenti untuk terakhir kali..
adakah ia akan muncul?
rahsia segalanya ada,
cuma tak terungkap untuk diluah kata yang menjadi
azimat diri sehingga memakan diri takut untuk berada
dipersimpangan jalan yang harus dipilih..

dilemaku dalam kehidupanku..
aku hamba Allah yang hanya kesepian dan kesunyian.

3.14.2009

Kotak Fikiran

ada kata yang bisa berkata,
ada kata yang tidak terkata,
ada kata untuk memuji,
ada kata untuk ditangisi,

bila kata menjadi bisu,
lidah kita terus terkelu,
yang dulu berjanji se-ia sekata,
kini apa-apa pun tiada

bila madah menjadi lukisan,
yang tersimpan,
hanya dikotak fikiran,
yang hanya menanti masa,
untuk dikatakan sehingga diri,
terus teraniyai,
dibuai mimpi

ada pabila hati dan kata tidak bersatu,
menipu untuk kebahagiaan orang lain,
yang hanya diri peroleh hanya kehampaan,
ada pabila diri tertanya mengapa begitu,
tiada siapa dapat menjawab apa di minda,
kerna segalanya ditangan kita

tidak semua dilihat itu indah belaka,
tidak semua disentuh itu manis belaka,
rupa luaran hanya penipuan,
hati dalaman hanya kekosongan,

kamu tidak bisa tahu siapa dia,
kerna dia masih bersembunyi,
menanti masa untuk keluar dari persembunyiannya,
setelah lama menanti,

ada kala kita terlena dibuai,
penipuan dan penghinaan,
orang sekeliling,
yang menyebabkan kita hilang kepercayaan,
yang tingginya rasa terhadap mereka,
mungkin itu semua sandiwara alam,
untuk menjadikan manusia lebih kuat dari biasa.

3.12.2009

Hipokrit

Aku paling benci kawan yang bila dia jadi sangat hipokrit.
Aku tak suka.
Aku tak nak kawan dengan orang yang macam itu.

Tapi nak buat macam mana,
manusia memang begitu,
tak heranlah kenapa dia macam itu,
sebab dia memang dah lama macam itu.

Jadi,
aku nak buat bodoh je,
buat bodoh adalah yang terbaik dari jadi
berperang-perang.

Maka,
Senyap adalah bagus!

3.09.2009

Hati Tak Sempurna

Hati,
yang cuba tulus untuk mencintai,
yang cuba tulus untuk menyayangi,
si dia yang sentiasa disini.

Hati,
yang pernah ingkar,
yang pernah terdusta,
melewati senja.

Hati tak sempurna,
pabila cuba untuk membahagiakan,
pabila cuba untuk mempercayai,
yang dia adalah untukku,

Hati,
milik siapakah?
aku yang rungsing,
siapa harus terpilih,
mungkin tak bisa untuk dikejar,
mungkin hanya bisa untuk mengejar,
itu hatiku.

Hati tak sempurna,
bila kau selalu saja inginkan aku,
bila kau selalu saja mahukan itu,
bila kau selalu saja perlukanku,

tetapi hatiku,
teruntuk siapa?
aku mahu seseorang yang aku sayangi,
kerna aku tak pandai meluah segalanya.