8.27.2014

Dapatkan Plaster Kelecuran dari Aluminaid di Guardian!


AluminaidTM, inovator dalam penyelesaian rawatan pertolongan cemas dan kelegaan akibat kelecuran, hari ini memperkenalkan buat pertama kalinya, AluminaidTM Plaster Kelecuran yang terbaru di Malaysia. Plaster Kelecuran AluminaidTM merupakan jenis rawatan yang pertama seumpamanya bagi merawat kelecuran, memberi kelegaan akibat kelecuran peringkat pertama dan kedua dengan pantas dan berkesan dengan menyerap haba secara langsung dari bahagian badan yang terjejas. 


Melalui teknologi yang dipatenkan, Plaster Kelecuran AluminaidTM menggunakan aliran secara semulajadi untuk menyerap haba dari bahagian badan yang lecur. Pengalihan haba secara pantas ini dapat memberi kelegaan dan menghentikan kerosakan akibat kelecuran dari meresap lebih jauh ke dalam lapisan tisu, yang jika dibiarkan boleh mengakibat tempoh penyembuhan yang lebih lama dan potensi untuk terjadinya parut akibat kelecuran di kawasan yang terjejas. 

FAKTA:
  • Di Malaysia, seramai 40,000 orang pesakit menerima rawatan di hospital akibat dari kelecuran setiap tahun. Dari jumlah ini, 10 peratus merupakan kes kelecuran yang teruk.
  • Kajian yang dikendalikan oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002 menunjukkan bahawa 61 peratus dari rakyat Malaysia mempunyai kesan lecur, 27 peratus berpunca dari kebakaran api dan 10 peratus dari kebakaran elektrik. Dikalangan kanak-kanak pula, 95 peratus dari mereka mempunyai kesan lecur yang berpunca dari air atau minyak panas, manakala 5% dari kebakaran akibat api pula berpunca dari bermain bunga api atau pemetik api.
  • Golongan wanita di Rantau Asia Tenggara pula mencatatkan kadar kejadian kebakaran yang paling tinggi, sebanyak 27 peratus dari kematian global akibat kebakaran dan hampir 70 peratus kematian akibat kebakaran di rantau ini.

No comments :