Tinjau Selidik Buah-Buahan Malaysia oleh MBG!


Kuala Lumpur, 26 Ogos 2014 – Anggur telah dipilih sebagai buah kegemaran rakyat Malaysia – menurut hasil tinjau selidik MBG Yes! Fruits yang dikeluarkan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Satu Malaysia. 

Kesimpulan itu, yang diperolehi daripada tinjauan pendapat 3,171 rakyat Malaysia, menunjukkan bahawa 5 buah yang paling digemari adalah Anggur (52%), diikuti oleh Buah Naga (49%), Mangga (47%), Epal (43%), dan Tembikai (39%).  

Tinjau selidik Yes! Fruits (Ya! Buah-buahan) ini bertema “Juice up Your Lives” (Ceriakan Hidupmu dengan Khasiat Kebaikan Jus) memperlihatkan pendapat dan kefahaman orang ramai tentang peranan dan manfaat buah-buahan dan jus buah-buahan.   Ia juga mencerminkan ‘tabiat makan buah-buahan rakyat Malaysia’ dan ‘makanan yang diambil untuk menjadikan mereka lebih sihat’. 

Di samping itu, MBG juga menganjurkan peraduan pengguna, yang menjanjikan hadiah telefon bimbit Samsung terkini dan bakul buah-buahan kepada peserta tinjau selidik.  



Adnan Lee, Pengarah Urusan MBG, menjelaskan bahawa Anggur yang menduduki tempat teratas adalah sangat popular kerana rupanya yang menarik dan kepelbagaian jenisnya, rasa yang lazat dan kandungan antioksidan yang tinggi untuk kesihatan dan kecantikan.  Buah Naga dengan rupa yang unik kekal sebagai buah unggul kerana khasiat kesihatannya yang terbukti secara saintifik, manakala Mangga sangat digemari kerana kelazatan, aroma dan kepelbagaian jenisnya. 

Hakikat paling mengejutkan daripada tinjau selidik itu adalah Strawberi (38%) & Ceri / Beri (37%) masing-masing menduduki tempat ke-6 dan ke-7. Rakyat Malaysia semakin menyedari tentang khasiat kesihatan buah-buahan ini menerusi laporan kesihatan yang umumnya menekankan bahawa buah-buahan berwarna merah tua dan biru tua kaya dengan antioksidan.  Malah kiwi yang tidak termasuk dalam senarai 10 Teratas pada tahun lepas menduduki tempat ke-8 – ini menunjukkan pentingnya kesan antioksidan bagi rakyat Malaysia.


 “Satu perkara yang menarik hasil daripada tinjau selidik itu ialah ‘buah-buahan tempatan yang popular & sekian lama digemari’ seperti nanas, rambutan, papaya dan jambu batu telah ditolak ke bawah – memberi laluan kepada buah-buahan unggul seperti buah naga, anggur dan mangga untuk menduduki tempat teratas.  Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin mementingkant kesihatan dan kini lebih mengutamakan khasiat buah-buahan daripada sentimen nostalgia, rasa dan populariti,” jelas Adnan.  

Comments

Popular Posts