Melly Goeslaw kembali dengan "Cinta & Ibadah"

Siapa yang tidak mengenali penyanyi dan komposer yang terkenal dari seberang yang bernama Mellyana Goeslaw Hoed atau lebih akrab dengan panggilan Melly Goeslaw ini. Telah terbukti bahawa semua lagu beliau telah menjadi hit dan laris di pasaran Indonesia mahupun Malaysia. Melly telah mencurahkan lebih daripada separuh umurnya untuk dunia seni, sehinggakan sudah tidak terkira berapa ratus lagu yang telah dicipta olehnya dan beliau juga telah banyak menggondol anugerah di dalam industri muzik diatas kegigihannya didalam membangunkan industri muzik nusantara.

Tanpa mengenal erti jemu, Melly Goeslaw tidak pernah lekang dalam berkarya. Kini, Melly muncul kembali dengan single terbaru berjudul ‘Cinta Dan Ibadah’ yang amat ditunggu-tunggu oleh para peminat beliau di Malaysia. Single beliau kali ini menjadi lagu tema bagi sebuah drama bersiri bertajuk “Cinta Ibadah” yang akan bersiaran di Astro Prima tidak lama lagi. Ini juga merupakan kali pertama Melly Goeslaw menghasilkan lagu tema untuk pasaran Malaysia dan dilancarkan di Malaysia. Menurut Melly, lagu ‘Cinta Dan Ibadah’ adalah single terbaru yang diinspirasikan dari senario cerita tersebut. Setiap hasil nukilan beliau akan mempunyai jalan cerita yang menggambarkan kehidupan sebenar dan semua lagu yang dihasilkan telah difikirkan dengan teliti, bermula dari intro hingga ke penghujung lagu-lagu yang dihasilkan.

Dengan terhasilnya lagu ini, Melly berharap semoga karya beliau yang terbaru ini mampu mengubat kerinduan masyarakat Malaysia dan lagu ‘Cinta Dan Ibadah’ ini akan menjadi sebuah lagu tema yang bersejarah.

Kini, teristimewa untuk semua peminat setia Melly Goeslaw, anda boleh menyaksikan sendiri muzik video “Cinta Dan Ibadah”.






Comments

Popular posts from this blog

TOMS lancar butik pertama Malaysia!

TOMS WAREHOUSE SALE!