SHILLS lancar Karnival "Peel-Youtiful"


KUALA LUMPUR, Ogos 8 – Jenama kecantikan SHILLS telah melancarkan karnival kesihatan / kecantikan kulit “Peel-Youtiful” dan memperkenalkan rangkaian produk Black Charcoal (arang hitam) serba baru dengan kemunculan eksklusif pakar kecantikan dari Taiwan Zach Lu di Berjaya Times Square hari ini. 
    
Zach ialah Idola terbaru Taiwan yang telah menggegar industri kecantikan dan hiburan kerana wajahnya yang mirip pelakon utama drama Korea kegemaran ramai “My Love from The Star”. Wajahnya telah meloncatkan nama dan meningkatkan kerjayanya dan kini beliau menjadi tumpuan media dan kerap muncul dalam pelbagai iklan, siri TV dan filem. 


Bintang berusia 25 tahun ini juga seorang peminat tegar kecantikan, dan kini merupakan pakar yang sedang meningkat naik dalam bidang kecantikan, fesyen dan solekan.  Zach berada di KL pada hujung minggu ini untuk berkongsi maklumat kesihatan terkini, bertemu dan beramah mesra dengan peminat dan memperkenalkan siri ‘Black Bamboo Charcoal” (Arang Buluh Hitam) daripada SHILLS.


Rangkaian produk baru Black Charcoal daripada SHILLS termasuk SHILLS Purifying Deep Sebum Softener, SHILLS Purifying Peel-Off Mask, SHILLS Clarifying Toner dan SHILLS Exfoliating Bubble Facial Scrub, SHILLS Black Bamboo Whitening Mask dan SHILLS Black Gel Mask. Siri SHILLS Black Charcoal boleh didapati secara eksklusif di kedai terpilih Watson dan gedung kecantikan SHILLS. 

Comments

Popular posts from this blog

TOMS lancar butik pertama Malaysia!

TOMS WAREHOUSE SALE!