"Takdir Cinta" Awi Rafael



Selepas kejayaan lagu “Kalau Aku Kaya” bersama Altimet, Awi Rafael kini muncul dengan single terbaru yang bertajuk “Takdir Cinta” yang juga merupakan lagu runut bunyi untuk sebuah drama bersiri yang bertajuk “Kusinero Cinta” yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai sejak ia ditayangkan bermula 26 Mei 2014 yang lalu. Lagu “Takdir Cinta” ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Adi Sixthsense. Ia merupakan sebuah lagu yang berkisarkan tentang rahsia hati yang memendam perasaan cinta terhadap seseorang. Hasil komposisi Adi Sixthsense ini sangat indah dan tentunya lagu ini akan membuai perasaan para pendengar kerana ia mampu membawa mereka untuk turut mengkhayati lirik yang dinyanyikan oleh Awi Rafael. “Takdir Cinta” yang dicipta sepenuhnya oleh komposer yang berasal dari Indonesia ini bergenrekan balada dan sesuai dinyanyikan oleh Awi Rafael yang mempunyai suara serak basah dan sedap didengar di halwa telinga.

Muzik video “Takdir Cinta” ini diarahkan oleh pengarah muda yang bernama Esham Shahlin dan berkonsepkan vintaj di dalam sebuah bilik yang penuh dengan bingkai-bingkai gambar yang memenuhi ruang dinding yang juga menggambarkan sedikit tentang jalan cerita untuk drama “Kusinero Cinta”. Untuk penggambaran muzik video ini, ia hanya mengambil masa selama satu hari sahaja di dalam sebuah gudang di Damansara Jaya.

Drama terbaru berjudul “Kusinero Cinta” telah ditayangkan bermula 26 Mei 2014 yang lalu. Menampilkan pelakon terkenal dari Filipina iaitu Jericho Rosales bergandingan bersama Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah. Drama ini diarahkah oleh Feroz Kadir dan hasil terbitan Global Station. Saksikan drama “Kusinero Cinta” pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di saluran Astro Mustika HD (saluran 134) tayangan serentak di Astro Bella (saluran 133).

Kepada peminat AWI RAFAEL dan juga peminat drama “KUSINERO CINTA”, anda kini boleh menyaksikan sendiri muzik video “TAKDIR CINTA” nyanyian Awi Rafael di YouTube.

Ini merupakan pautan untuk muzik video tersebut.




Comments

Popular posts from this blog

TOMS lancar butik pertama Malaysia!

TOMS WAREHOUSE SALE!