Terkini Baby Rompers dari TOLLYJOY




Meniti saat keibubapaan dianggap sebagai sebuah perjalanan hidup. Tanya mana-mana ibu atau bapa dan bersedialah untuk mendengar setiap saat yang berharga tentang bayi mereka – bermula dari langkah bayi mereka yang pertama hinggalah percikan pertama dalam tab mandian bayi. Malah, siapa dapat melupakan pakaian kecil bayi yang comel dan detik-detik bayi bergaya manja.  Tiada saat yang lebih indah seperti waktu bayi, dan begitu banyak perkara yang dilakukan apabila menjadi ibu bapa baru!  Namun, siapa kata menghiasi bayi dengan pakaian membosankan? Dengan pelbagai pilihan Baby Rompers Tollyjoy baru yang menarik, anda tidak perlu lagi rasa tertekan untuk mengenakan pakaian pada bayi anda! 

Bila tiba masa untuk memilih pakaian yang sesuai untuk bayi anda, keselesaan harus diberi keutamaan. Dengan liuk lentok serta gerakan bebas bayi, menggunakan pakaian yang fleksibel dan versatil akan menjadikan dunia bayi anda begitu berbeza. Baby Rompers Tollyjoy memenuhi segala keperluan dalam penjagaan kulit bayi anda yang lembut dan halus, mengekalkan keselesaan agar bayi anda sentiasa selesa sama ada semasa bermain atau sewaktu tidur.

Walaupun pakaian bayi kelihatan begitu menarik, namun sering timbul persoalan sama ada pakaian ini sesuai untuk bayi anda yang berkulit sensitif, jadi ialah amat penting untuk memastikan bayi anda berpakaian selesa dengan pakaian yang dibuat hanya daripada gentian semula jadi dan berbanding kain sintetik. Baby Rompers Tollyjoy ini diperbuat daripada 100% kain kapas lembut dan selesa untuk kulit bayi anda yang halus. Kini, anda boleh mengharapkan bayi yang tenang dan ceria sewaktu sesi berpakaian akan datang!


Ternyata bayi yang riang adalah bayi yang selesa, namun, fesyen  juga perlu diberi keutamaan!  Banyak pakaian bayi kelihatan comel namun tiada yang dapat menandingi baby rompers, terutamanya apabila baju-baju kecil ini muncul dengan pelbagai gaya dan warna yang menarik untuk dipilih. Pakar-pakar kami menyediakan pelbagai corak rekaan menarik Tollyjoy yang menyeronokkan.  Daripada warna garang, jalur terang dan cetakan animasi yang tampak hidup hingga ke reben cantik dan motif bunga yang indah, pastinya ada romper untuk disesuaikan kepada bayi anda.

Baby Rompers Tollyjoy boleh didapati di Aeon dan Aeon Big di seluruh negara, cawangan Tesco yang terpilih, lokasi terpilih di The Store dan cawangan Pasifik Kumpulan The Store, Pasar Raya Billion dan di pelbagai lokasi lain di seluruh negara.

Comments

Popular posts from this blog

TOMS lancar butik pertama Malaysia!

TOMS WAREHOUSE SALE!