TOMS lancar butik pertama Malaysia!

Pengarah Sewa/Beli, Pavilion KL, Mr. Lovell Ho, Pengarah Kreatif TOMS Malaysia,
Azrin Omry Omar and Pengarah Urusan TOMS Malaysia Fahmi Zawaw
i

Kuala Lumpur, Malaysia,  Toms telah dilancarkan dengan jayanya di pusat membeli-belah Pavilion. Dikenali dengan model perniagaan 'One on One', Toms telah meraikan pelancaran mereka bersama pihak media pada hari yang sama 4 september 2014. Dengan menggunakan pendekatan perniagaan ini, Toms turut membantu mereka yang memerlukan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. 

Isi dalam butik pertama TOMS KL
Dengan setiap pembelian kasut Toms, mereka akan memberikan setiap satu pasang kasut baharu kepada kanak-kanak yang memerlukan. Bagi penjualan cermin mata Toms pula, ianya akan membantu mereka yang tidak mempunyai penglihatan. Penjualan setiap cermin mata tersebut akan memberikan sinar baharu kepada pesakit-pesakit mata di seantero dunia. Sejak memperkenalkan model perniagaan ini, Toms telahpun memberikan 35 juta kasut baharu kepada kanak-kanak di 70 buah negara malah telah memulihkan penglihatan mereka yang buta seramai 250,000 orang di 13 buah negara.

Nini Marini sedang memberikan sentuhan seninya
 Menurut Pengasas dan Ketua Pemberian Kasut TOMS, Blake Mycoskie, "Saya mewakili Toms dan seluruh keluarga Toms ingin berkongsi kegembiraan saya terhadap pembukaan butik pertama Toms di Malaysia. Sudah 8 tahun berlalu dengan model perniagaan ini, untuk menciptakan satu misi untuk mengubah kehidupan melalui perniagaan. Dan kini, anda telah membuka pintu masuk kepada Toms ke negara anda, jadikan cerita-cerita Toms untuk menjadikan impak positif dalam kehidupan masyarakat setempat dan menjadi inspirasi semua. Saya tidak sabar untuk melihat kesungguhan anda dalam melunaskan misi ini ke pelusuk Malaysia dalam mengubah aspek kehidupan setempat."

Kesemua kasut vegan Toms akan dipasarkan dan dijual pada harga permulaan bagi kanak-kanak  dan remaja RM139, Dewasa RM189 dan Cermin Mata pula, RM399.

Comments

Popular posts from this blog

TOMS WAREHOUSE SALE!