Shae terima Anugerah Platinum berkembar x5!


Petaling JayaMASIH ingatkah lagi anda kepada penyanyi dari Indonesia yang popular dengan single pertamanya, “Sayang” yang berjaya menjadi fenomena luar biasa sebelum ini? Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething yang berasal dari Jakarta, Indonesia ini mula mencipta namanya di persada muzik tanah air  melalui single pertamanya “Sayang” yang dipetik dari album sulung ‘The First”. 

Menyingkap kembali detik awal Shae sebelum bergelar penyanyi beliau sudah berjinak-jinak dalam karier nyanyian sejak menjalani pengajian  peringkat sekolah menengah. "Sejak dari kecil saya memang sukakan bidang nyanyian dan ketika berumur 15 tahun, saya mula berfikir untuk lebih serius dalam bidang ini.  Oleh itu saya mengambil langkah pertama untuk menyertai beberapa pertandingan nyanyian.”

"Dari situlah saya berkenalan dengan seorang komposer, Posan Tobing dan dia adalah individu yang bertanggungjawab membawa saya masuk industri ini," katanya.

Ianya telah terbukti bahawa lagu “Sayang” mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminatnya di Malaysia dan impak lagu itu juga begitu hebat sehingga telah menjadi ‘viral’ di YouTube oleh peminat-peminat Shae yang membuat pelbagai video ‘parody’ yang menjadi tontonan umum. Shae yang memiliki auranya yang tersendiri telah menambat hati para peminatnya melalui lagu “Sayang” hasil ciptaan Posan Tobing dan  telah berjaya meraih penjualan “ring back tone” digital melebihi 1,000,000 unit. Di atas pencapaian yang amat gemilang ini Warner Music (M) Sdn Bhd dengan bangganya menyampaikan Anugerah Platinum Berkembar x5.

Comments

Popular posts from this blog

TOMS lancar butik pertama Malaysia!

TOMS WAREHOUSE SALE!